Hadith 1
  Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku  telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang
belum pernah  diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada
seorang  Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau
haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke  atas
mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
        Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan
kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana
hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang  besar
(di dunia) dan akan mendatangimu."
      Pada  bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak
menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada
bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang  yang
berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah  SAW pun
bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul  Qadar?" Dijawab oleh
Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang  yang beramal itu diberi
balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
      Hadith 2
  Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada  suatu
hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang  kepadamu bulan Ramadhan,
di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya  dengan keberkatan, menurunkan
rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu,  memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas
perlumbaan kamu untuk  memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu
di hadapan  malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan
dari  kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan
daripada rahmat Allah pada bulan ini."
       Hadith 3
  Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan  bahawa Rasulullah
SAW bersabda: "Setiap  hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka
wa Taala  membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada
setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan
diterima."
       Hadith 4
  Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Terdapat  tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa
daripada orang yang  berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa)
yang adil, dan  orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya
melepasi  awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman:
"Daku  bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun
pada suatu masa nanti."  

      Hadith 5
  Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda: "Sesungguhnya  Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas
mereka yang memakan  sahur."
      Hadith 6
  Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda "Barangsiapa  berbuka satu hari di siang hari
bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar  (disegi syariah) atau sakit yang kuat,
tidak akan dapat menampung atau  mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa
sehingga ke akhir  hayatnya."
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa